Keluarga Petanque

Oleh: Yasmin Fairoz
Foto: Adam Gazali

GOMBAK - Dua beradik memenangi pingat emas bagi acara petanque dalam temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 di Arena Petanque, International Islamic University Malaysia (IIUM).

Nuralya Nabilah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) memenangi emas bagi kategori duo wanita manakala adiknya, Muhammad Muqri Aqil dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memperoleh emas bagi kategori solo lelaki.

“Saya telah didedahkan dengan sukan petanque sejak umur sembilan tahun lagi apatah lagi ayah saya menjadikan sukan ini sebagai aktiviti petang kami sekeluarga,“ kata Alya yang pernah mewakili negeri Perak dalam SUKMA 2012.

Muqri berharap dengan kemenangan ini beliau dapat menyertai kejohanan Sukan Universiti Asia yang akan berlangsung di Incheon, Korea Selatan pada September ini.