MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SUKIPT 2020 BIL. 1/2019

Tarikh  : 9 Oktober 2020 (Rabu)

Tempat: Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Aras 17 Kementerian Pendidikan Malaysia

Mesyuarat JK Induk SUKIPT 2020 ini merupakan mesyuarat pertama yang diadakan sebagai permulaan persiapan SUKIPT 2020 dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Kamel Mohamad selaku Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik, KPM merangkap Timbalan Pengerusi JK Induk SUKIPT 2020. Sebanyak 18 ahli JK Induk dan Pelaksana yang melibatkan lebih 50 orang menghadiri mesyuarat ini.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan dan memutuskan beberapa perkara seperti berikut:

·        Senarai JK Induk dan Pelaksana

·        Tarikh dan tempat

·        Logo SUKIPT 2020

·        Tema

·        Acara sukan dan venue

·        Senarai penyertaan

·        Elemen baru SUKIPT 2020

·        Peraturan AM

·        Kewangan

Seterusnya, mesyuarat ini bukan sahaja dapat memberi gambaran yang jelas berkaitan penganjuran SUKIPT kepada setiap ahli Jawatankuasa Induk yang terlibat malah juga dapat mengeratkan jalinan ukhwah setiap ahli Jawatankuasa yang akan bekerjasama.