BENGKEL JAWATANKUASA PELAKSANA SUKIPT 2020

Tarikh  : 12 – 14 Februari 2020

Tempat: Dosh Box Hotel @MagiC Cyberjaya

Nadi penggerak utama Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) bermula disini. Sebanyak 17 Jawatankuasa Pelaksana telah dirancang dan diselaraskan bersama bagi memastikan kelancaran penganjuran SUKIPT 2020. Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini melibatkan seramai 52 orang penggerak Jawatankuasa dan telah dirasmikan oleh YBrs. En.Fazli Said, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Operasi Strategik, Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini.

YBhg. Dato' Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Malaysia juga sempat meluangkan masa bertemu penggerak Jawatankuasa Pelaksana Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2020 serta memberi amanat dan idea-idea baru pada sebelah malam sebelum bengkel tersebut berakhir.