BENGKEL JAWATANKUASA PELAKSANA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SUKIPT 2020

Tarikh : 10 - 12 Februari 2020
 
Tempat: Shaftsbury Stellar Putrajaya
Pada 10 hingga 12 Februari 2020, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKIPT 2020 telah mengadakan satu Bengkel Pelaksana yang melibatkan 35 orang peserta yang terdiri daripada sekretariat Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan dan 27 orang penyelaras permainan. Bengkel yang diadakan di Shaftsbury Stellar Putrajaya antara lainnya adalah bertujuan:
- menetapkan format bilangan acara dalam setiap disiplin sukan yang dipertandingkan;
- menyediakan jadual umum kejohanan;
- menetapkan jumlah kepegawaian dan sukarelawan bagi Jawatankuasa ini;
- menetapkan tarikh-tarikh penting pendaftaran kontinjen bertanding; dan
- meneliti tugasan silang dengan Jawatankuasa Pelaksana SUKIPT 2020 yang lain.


Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada peserta yang terlibat kerana memberi kerjasama dan berjaya menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.