SUKIPT DI LIGA MALAYSIA & LIGA FUTSAL KEBANGSAAN

Sukan Institusi Pendidikan Tinggi @ SUKIPT telah memulakan agenda promosinya kepada umum bermula awal Januari 2020. Antara promosi yang dijalankan adalah seperti:

- menggunakan semua platform media sosial seperti Instagram dan FB untuk menyebarkan maklumat dan perkara-perkara berkaitan penganjuran SUKIPT.

- mempamerkan logo SUKIPT 2020 di Jersi rasmi pasukan-pasukan di bawah kelolaan Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) dan Pusat Sukan Tumpuan (PST) yang bertanding di Liga-liga Bola Sepak Dan Liga Futsal Kebangsaan seperti pasukan UiTM FC (Liga Super Malaysia), KPM-PST Mustangs (Liga Futsal Kebangsaan) dan UKM FC (Liga Perdana Malaysia.