BENGKEL JK PELAKSANA SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT) 2018

Ahli JK Pelaksana SUKIPT 2018 bergambar bersama YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus selaku Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, KPT Ahli JK Pelaksana SUKIPT 2018 bergambar bersama YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus selaku Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, KPT

Tarikh       : 12 hingga 14 Mac 2017

Tempat     : The Straits Hotel & Suites Melaka

Bengkel JK Pelaksana SUKIPT 2018 ini merupakan bengkel pertama yang diadakan sebagai persiapan SUKIPT 2018 dan YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus selaku Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, KPT merangkap Pengerusi JK Pelaksana SUKIPT 2018 turut hadir bagi merasmikan bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi membincangkan beberapa perkara seperti berikut:

  • Penyediaan carta alir Jawatankuasa
  • Senarai semakan tugasan Jawatankuasa
  • Mengenalpasti tugasan silang
  • Langkah-langkah mengatasi masalah tugasan

Seterusnya, segala tujuan berjaya dicapai pada bengkel ini dan menjadi pemangkin semangat kepada semua ahli Jawatankuasa untuk bersiap sedia menganjurkan SUKIPT 2018 yang bakal diadakan pada 2 hingga 10 Februari 2018 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.