MESYUARAT JK INDUK SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT) 2018 BIL. 1/2017

Tan Sri KSU KPT mempengerusikan mesyuarat Tan Sri KSU KPT mempengerusikan mesyuarat

Tarikh      : 17 Februari 2017 (Jumaat)

Tempat    : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Aras 17, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Mesyuarat JK Induk SUKIPT 2018 ini merupakan mesyuarat pertama yang diadakan sebagai permulaan persiapan SUKIPT 2018 dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur selaku Ketua Setiausaha, KPT merangkap Pengerusi JK Induk SUKIPT 2018. Sebanyak 18 ahli JK Induk dan Pelaksana yang melibatkan lebih 40 orang menghadiri mesyuarat ini.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan dan memutuskan beberapa perkara seperti berikut:

  • JK Induk dan Pelaksana
  • Tarikh dan tempat
  • Logo SUKIPT 2018
  • Tema
  • Acara sukan dan venue
  • Senarai penyertaan
  • Elemen baru SUKIPT 2018
  • Peraturan AM
  • Kewangan

Seterusnya, mesyuarat ini bukan sahaja dapat memperkenalkan setiap ahli Jawatankuasa malah dapat mengeratkan jalinan ukhwah antara satu sama lain bagi bekerjasama dalam merealisasikan penganjuran SUKIPT 2018 nanti.