Tarikh : 26 – 28 Januari 2022
Bengkel Jawatankuasa Pelaksana SUKIPT Edisi ke-5 2022 telah berlangsung pada 26 hingga 28 Januari 2022 bertempat di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan.
YBhg. Dato' Shaharudin Abu Sohot telah hadir merasmikan majlis penutup dan turut hadir adalah YBrs. Prof. Madya Norkhalid Bin Salimin, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPSI dan YBrs. Dr Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.
SUKIPT Edisi ke-5 2022 dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 23 Ogos 2022 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.