Mesyuarat Media SUKIPT 2026 telah dipengerusikan oleh Puan Umi Kalsom binti Hot, Ketua Penolong Setiausaha (Seksyen Sukan), Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Mesyuarat ini bertujuan menyelaras strategi media, publisiti dan penyampaian maklumat bagi memperkukuh hebahan penganjuran SUKIPT 2026 di Universiti Malaya, sekali gus memastikan promosi kejohanan dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh.
(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)