Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan IPT (MASUM, MSP, MASKOM dan MASISWA) mengambil inisiatif menganjurkan SUKIPT (Sukan Institusi Pendidikan Tinggi) bermula pada tahun 2012.
Bagi penganjuran edisi ketiga, kontinjen jemputan untuk kejohanan ini ditambah dengan jemputan antarabangsa melibatkan negara-negara dalam Asia Tenggara selain turut mempertandingkan beberapa acara sukan untuk atlet kelainan upaya (OKU).