SUKIPT 2026 • Laporan Berita

Butiran Berita

4 MAC 2026

Pre-Council Mesyuarat Jawatankuasa Induk SUKIPT Edisi Ke-7 2026

📍 Bilik Mesyuarat Ibnu Izari 1, Seksyen Sukan BPS KPT

Telah berlangsung sesi Pre-Council Mesyuarat Jawatankuasa Induk, Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Edisi Ke-7 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Izari 1, Seksyen Sukan BPS KPT.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Hanafiah Ayub, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan BPS KPT. Sesi ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Majlis Sukan IPT dan wakil daripada Universiti Malaya selaku tuan rumah bagi temasya SUKIPT edisi kali ini.

Fokus utama perbincangan adalah bagi menjalankan semak imbang terhadap perkara-perkara dasar penganjuran SUKIPT. Hasil perbincangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac depan bagi pemuktamadan gerak kerja penganjuran.

Galeri Mesyuarat

(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)

Laporan: Urus Setia SUKIPT 2026