Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan IPT Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT.
Platform strategik ini bertujuan untuk menyelaras pelbagai agensi bagi memastikan pembangunan atlet serta penganjuran kejohanan sukan IPT sentiasa berada pada tahap terbaik dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, serta barisan wakil daripada pelbagai agensi berkepentingan yang terlibat dalam ekosistem sukan pendidikan tinggi.
(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)