SUKIPT 2026 • Laporan Berita

Butiran Berita

27 APRIL 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT)

Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang dipengerusikan oleh Puan Fazidah binti Mustafa (Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT).

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya (UM), selaku wakil tuan rumah bagi penganjuran edisi kali ini.

Sesi perbincangan ini memfokuskan kepada perincian aspek teknikal, logistik, serta pengukuhan kerjasama strategik antara IPT. Langkah ini amat penting bagi memastikan setiap fasa penganjuran berjalan dengan tersusun, lancar dan mampu memberikan impak yang tinggi kepada arena sukan universiti.

Galeri Mesyuarat

(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)

Laporan: Urus Setia SUKIPT 2026