SUKIPT 2026 • Laporan Berita

Butiran Berita

29 OGOS 2026

MAJLIS PERASMIAN SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT) 2026

Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 berlangsung meriah di UM Arena, Universiti Malaya dengan menghimpunkan atlet, pegawai kontinjen, sukarelawan dan warga institusi pendidikan tinggi dari seluruh negara.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Tinggi, sekali gus menandakan pembukaan rasmi temasya yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026. SUKIPT bukan sekadar medan memburu pingat, malah menjadi pentas atlet mahasiswa menguji kemampuan, membina pengalaman dan melangkah lebih jauh dalam arena sukan negara.

Selamat bertanding kepada semua atlet. Tampilkan aksi terbaik, junjung semangat kesukanan dan cipta legasi anda di SUKIPT 2026! 🏆 Ikuti platform rasmi SUKIPT untuk keputusan, sorotan aksi dan perkembangan terkini sepanjang temasya.
#SUKIPT2026 #MenciptaLegasiJuara #SukanIPT #SeksyenSukanKPT #UniversitiMalaya
Facebook Rasmi SUKIPT

Galeri Majlis Perasmian

(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)

Laporan: Media SUKIPT 2026