SUKIPT 2026 • Laporan Berita

Butiran Berita

5 SEPTEMBER 2026

BOLASEPAK - UM AKHIRI PENGUASAAN UiTM, DISIPLIN JADI KUNCI

Universiti Malaya (UM) menamatkan penguasaan tiga edisi berturut-turut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bola sepak SUKIPT 2026 selepas menang 1-0 pada aksi final di UM Arena.
Gol tunggal UM dijaringkan Mohamed Amin Imran Mohamed Akbar pada penghujung separuh masa pertama, sebelum tuan rumah bertahan dengan penuh disiplin untuk mengekalkan kelebihan hingga wisel penamat. Ketua Jurulatih UM, Ashadi Mohd Yusoff berkata, kesabaran, disiplin taktikal dan komitmen pemain menjadi kunci kejayaan pasukannya yang turun sebagai underdog.
“Kami bermain dengan sepenuh hati dan jiwa. Pemain memberikan lebih daripada 100 peratus dan kekal berdisiplin walaupun berdepan tekanan daripada UiTM,” katanya. Kemenangan itu membolehkan UM merangkul emas bola sepak SUKIPT 2026 sekali gus membawa pulang Piala Menteri Pendidikan Tinggi.
#SUKIPT2026 #MenciptaLegasiJuara #SukanIPT #SeksyenSukanKPT #UniversitiMalaya
Facebook Rasmi SUKIPT

Galeri Majlis Perasmian

(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)

Laporan: Media SUKIPT 2026