PELANCARAN RASMI SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT) 2026
Majlis Pelancaran Rasmi SUKIPT 2026 telah disempurnakan dengan gilang-gemilang oleh Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Bertemakan "Mencipta Legasi Juara", temasya sukan dwitahunan berprestij ini bakal menghimpunkan sebanyak 65 kontinjen yang melibatkan lebih daripada 6,000 orang atlet dari institusi pendidikan tinggi seluruh negara. Universiti Malaya telah diberi penghormatan selaku tuan rumah bagi SUKIPT 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026.
Selain pelancaran kejohanan, majlis bersejarah ini turut menyaksikan pengenalan maskot rasmi SUKIPT 2026 yang dinamakan LIGAT, serta persembahan bertenaga lagu rasmi kejohanan yang didendangkan oleh penyanyi terkenal, Amir Masdi.
Galeri Pelancaran Rasmi
(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)
