Bengkel Jawatankuasa Pelaksana SUKIPT Edisi 6 2024

Sekitar Bengkel Jawatankuasa Pelaksana SUKIPT Edisi 6 2024 pada 6 hingga 8 Mac 2024 bertempat di Hotel Grand Alora Alor Setar Kedah yang melibatkan Ahli Sekretariat Induk dan semua jawatankuasa pelaksana SUKIPT 2024. Objektif penganjuran bengkel ini adalah bagi mengenalpasti setiap tugasan, serta pelarasan kerja 20 jawatankuasa yang akan terlibat.
 
Ucaptama dan Taklimat Bengkel telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, KPT merangkap Ketua Sekretariat SUKIPT Edisi 6, 2024.
 
Penyelarasan setiap jawatankuasa ini amat penting bagi memastikan kelancaran penganjuran SUKIPT Edisi 6, 2024 di Universiti Utara Malaysia pada bulan September nanti.
//